Akaun qiam2023.onpay.my telah dibekukan. Segala kesulitan yang dialami adalah amat dikesali.

PONDOK AN-NUR &  MAAHAD TAHFIZ QIAM


“TERIMA KASIH! ASBAB SEDEKAH ANDA, PELAJAR-PELAJAR TAHFIZ SEMAKIN SELESA DAN GEMBIRA DALAM MENUNTUT ILMU AGAMA DI PONDOK AN-NUR & MAAHAD TAHFIZ QIAM BATU HAMPAR BERUAS PERAK”








PONDOK AN-NUR & MAAHAD TAHFIZ QIAM

secara rasminya telah ditubuhkan dan 

diasaskan  oleh  Tuan Guru Sidek Nor.




Buat masa ini, PONDOK AN-NUR &

MAAHAD TAHFIZ QIAM

menekankan kurikurulum berdasarkan 

kitab turath yang diajar oleh para guru

yang bertauliah dan berpengalaman.


Tidak lupa juga, program berbentuk 

daurah  dan tausiah kitab-kitab dari 

ulama’-ulama’ yang

masyhur seantero Asia   antaranya ialah 

Syeikh Nuruddin Al Banjari  

dan beberapa tokoh ulama’ lagi .




ALAMAT PONDOK

Maahad Tahfiz Qiam Batu Hampar, 32700 Beruas, Perak Darul Ridzuan.
 




TUJUAN KEPERLUAN


Pondok An-Nur & Maahad Tahfiz

Qiam   amat memerlukan   sumbangan  

anda semua untuk  menambah baik fasiliti

air dan elektrik  yang sedia ada  bagi

menampung anggaran  pelajar  tahfiz  

yang semakin bertambah  tahun demi tahun.





 Inisiatif ini diambil untuk 

menyediakan keselesaan

dan kemudahan bekalan air dan elektrik  

yang lebih baik dan selamat buat seluruh

warga Pondok An-Nur & Maahad Tahfiz Qiam.



 Walaupun tidak diluahkan, namun  jelas

di wajah anak-anak itu akan 

ketidakselesaan  mereka.





Semoga dengan sumbangan anda semua, 

mampu menyediakan keselesaan  dan 

kebahagiaan  buat  anak-anak  Pondok An-Nur

& Maahad Tahfiz Qiam  yang mewakafkan

diri untuk  menuntut ilmu agama  

sepanjang hayat usia mereka.

InsyaAllah!




KELEBIHAN MENYUMBANG


 Menambah baik  keperluan fasiliti air & elektrik Pondok An-Nur & Maahad Tahfiz Qiam.


  Menghadirkan senyuman di wajah anak-anak tahfiz yang mewakafkan diri untuk menimba ilmu Agama Islam.


  Menjadi obor pembakar semangat buat para tenaga pengajar yang tidak pernah lelah dalam memberi didikan agama dan akademik.




Untuk pengetahuan pihak tuan-tuan

dan puan-puan, perbelanjaan untuk keperluan

penambahbaikan fasiliti air & elektrik di

Pondok An-Nur & Maahad Tahfiz Qiam

serta kebajikan anak-anak tahfiz

boleh mencecah kos hampir  RM200,000 .

Namun, sehingga kini tabung

infaq untuk projek ini masih jauh

dari sasaran sebenar.




TABUNG SEDEKAH  PONDOK AN-NUR & MAAHAD TAHFIZ QIAM


RM200,000



Sumbangan para dermawan semua amat

diperlukan untuk meneruskan projek

menaik taraf ini.  Melalui bantuan tuan-tuan

dan puan-puan, tabung sedekah untuk

Pondok An-Nur & Maahad Tahfiz Qiam

akan dapat dipenuhkan dan projek ini akan

disiapkan dengan secepat mungkin.

Sekaligus memberi manfaat buat seluruh

warga pondok dan masyarakat di sekitarnya.




APAKAH YANG DIPERLUKAN


Bagi menjayakan projek menaik taraf dan

kos keperluan fasiliti di Pondok An-Nur & Maahad

Tahfiz Qiam, pihak kami memerlukan

sekurang-kurangnya  anggaran

kos keseluruhan hampir  RM 200,000 .


Pecahan perkara atau kerja yang melibatkan kos adalah seperti berikut:




Dengan bantuan daripada para dermawan

sekalian, sedikit sebanyak dapat membantu

dana pembangunan dan pengurusan

Pondok An-Nur & Maahad Tahfiz Qiam

dengan lebih lancar.




BAGAIMANA UNTUK MENYUMBANG


Untuk Sumbangan Secara Manual /

Bank Transfer / CDM,

Boleh Bank In Ke Akaun Di Bawah:


BANK ISLAM

0805 9020 0481 53

TETUAN MAAHAD TAHFIZ QIAM BATU HAMPAR


REFERENCE: " DERMA QIAM " 

*Sila letakkan reference    “DERMA QIAM”       untuk memudahkan pihak kami mengagihkan dana  yang telah disumbangkan.



Rasulullah SAW telah bersabda:

Maksudnya:  “Tidaklah sedekah itu

mengurangkan harta seseorang dan

Allah akan menambahkan

kemuliaan bagi orang yang memberi kemaafan.

Begitu juga Allah akan mengangkat kedudukan

seorang yang bersifat tawaduk.” (HR Muslim)